Pages

19 June 2011

Fukushima malapetaka terburuk dalam sejarah

 



 BANDAR Itate, Fukushima, lengang selepas penduduknya dipindahkan akibat kenaikan paras radiasi, Mei lalu.






Krisis nuklear 20 kali ganda teruk daripada Chernobyl

WASHINGTON: Pakar sains percaya bencana nuklear Jepun sebenarnya lebih teruk daripada apa yang didedahkan untuk pengetahuan umum dan lebih serius dibandingkan krisis loji Chernobyl, Ukraine, lebih dua dekad lalu.

Gempa bumi pada tahap magnitud 9 pada 11 Mac lalu disusuli tsunami melumpuhkan sistem penyejukan di loji nuklear Fukushima diikuti beberapa letupan hidrogen dan reaktornya lebur hingga memaksa penduduk yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer dari loji itu dipindahkan. Ibu Pejabat Tindakan Kecemasan Nuklear Jepun mengakui awal bulan ini bahawa reaktor 1, 2 dan 3 loji Fukushima lebur sepenuhnya.

Syarikat Elektrik Tokyo (TEPCO) yang bertanggungjawab atas reaktor itu turut mengumumkan ‘kemalangan’ itu mungkin melepaskan lebih banyak bahan radioaktif ke alam sekitar berbanding Chernobyl sekali gus menjadikannya bencana terburuk nuklear dunia setakat ini.

Ketika diwawancara stesen Al Jazeera, seorang pakar nuklear, Arnold Gundersen, berkata: “Fukushima adalah bencana industri terbesar dalam sejarah manusia.”

Beliau percaya, lebih banyak teras reaktor di loji nuklear Fukushima melepaskan radiasi daripada apa yang diketahui umum.
Gundersen mempunyai pengalaman kejuruteraan kuasa nuklear selama 39 tahun dan pernah mengurus serta menyelaras projek di 70 loji kuasa nuklear seluruh Amerika Syarikat.

TEPCO menyembur air ke beberapa reaktor dan teras bahan api nuklear loji itu tetapi ia hanya membawa lebih banyak masalah termasuk radiasi dilepaskan ke udara dan air laut termasuk beribu-ribu tan air laut dicemari radioaktif yang perlu dibuang.

Baru-baru ini, TEPCO mendedahkan rancangan baru membersihkan air yang mengandungi radioaktif tetapi menangguhkannya kerana masalah teknikal yang bermakna proses menyejukkan reaktor Fukushima belum bermula.

“Masalahnya ialah bagaimana menyejukkannya. Mereka curah air tetapi bagaimanakah mereka dapat buang mendapan radioaktif yang dihasilkan serta mengandungi plutonium dan uranium? Di mana mereka boleh simpan air itu?

“Sebanyak 20 teras nuklear terdedah (dan melepaskan radiasi), itu bermakna ia berpotensi 20 kali ganda lebih buruk kesannya berbanding Chernobyl.

“Anda tidak mungkin dapat bersihkannya. Kita masih kesan radiasi pada babi hutan di Jerman, 30 tahun selepas Chernobyl berlaku,” kata Gundersen.

Di Tokyo, kebimbangan meningkat selepas penduduk diberi amaran supaya tidak memberi air paip kepada bayi mereka kerana kebocoran radiasi di Fukushima.

Meskipun amaran itu kemudian ditarik balik, kadar radiasi dalam produk ladang termasuk daun teh di kawasan lebih jauh dari Fukushima, melebihi had ditetapkan.

Tinjauan terbaru mengesan radiasi satu meter di atas tanah di sebuah taman di Tokyo mencapai 0.06 mikrosievert sejam.

Saintis lain yang memantau ‘kawasan panas’ radioaktif di sekitar Jepun dan tempat lain turut bimbang, lebih-lebih lagi selepas seorang penasihat kerajaan Jepun melaporkan kawasan seluas 966 kilometer persegi, 17 kali ganda saiz Manhattan, mungkin tidak sesuai untuk didiami.

Dua pakar perubatan kanan Amerika, Janette Sherman dan Joseph Mangano menyiarkan artikel mengenai peningkatan 35 peratus kematian bayi di lapan bandar di barat laut Amerika yang mungkin disebabkan radiasi Fukushima.

Bandar itu termasuk San Jose, Berkeley, San Francisco, Sacramento, Santa Cruz, Portland, Seattle dan Boise. Gundersen berkata, radiasi yang dilepaskan sebenarnya lebih banyak hingga sampai ke bandar di Amerika.

Paling bahaya ialah ‘partikel panas’ membabitkan pembebasan isotop caesium, strontium dan plutonium.

“Kami temui partikel panas di semua tempat di Jepun, termasuk Tokyo. Ramai menghidunya kerana ia memasuki penapis udara enjin kenderaan.

“Partikel itu akan melekat pada paru-paru dan akan sentiasa memberi masalah. Sebatang rokok yang dihisap tidak bahaya kerana memakan masa lama. Partikel panas itu boleh menyebabkan kanser dan ia tidak dapat diukur menggunakan alat Geiger,” katanya. – Agensi

sumber

Mas Ahmad Safwan Ajak Masuk BLOGLIST


Salam, hari ni nak join bloglist Mas Ahmad Safwan. Blog c Mas ni salah satu blog feveret aku. Hihi aku terbaca status Mas kat Facebook yang bloglist dia ni ramai sangat yang join, aku pun sentap sebab aku nak join gak tapi hari ni baru ada kesempatan sebab aku jarang on9 ni.. biasa r busy.. kalau dah free aku on je la..

http://pavillionlegend.blogspot.com/

18 June 2011

90% penggodam web rakyat kita


KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menyekat sepuluh laman perkongsian fail adalah langkah pencegahan bagi mengelakkan penggodam berniat jahat memasukkan virus ke dalam komputer pengguna.
Pensyarah Universiti Malaysia Pahang, Syahrizal Azmir, 28, berkata, dalam laman perkongsian fail terdapat penggodam mengambil kesempatan atas keterbukaan laman seperti ini untuk memasukkan virus Trojan atau pintu belakang dalam fail yang dikongsi mereka.

Menurutnya, pengguna mungkin teruja memuat turun filem atau lagu terbaru daripada laman berkenaan tanpa menyedari fail dimuat turun mengandungi Trojan.

“Virus yang dikawal penggodam berkenaan bukan saja boleh digunakan untuk merosakkan sistem komputer pengguna, malah penggodam berniat jahat berupaya mencuri data peribadi untuk kegunaan mereka sendiri,” katanya yang memiliki sijil pengiktirafan sebagai penggodam beretika (Certified Ethical Hacker) daripada Majlis Penasihat Antarabangsa E-Perdagangan atau EC-Council.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Malaysia, semalam.

Rakannya Syahrizal Shafie, 31, yang turut memiliki sijil pengiktirafan sama berpendapat kumpulan penggodam yang menceroboh laman web kerajaan baru-baru ini memerlukan tempoh beberapa jam menembusi sistem keselamatan.


“Pada pendapat saya tahap keselamatan laman web kerajaan masih perlu ditingkatkan, kakitangan yang memantau aktiviti dalam talian perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk serangan siber,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Mara, Dr Bharanidharan Shanmugam berkata, seorang penggodam memerlukan lima langkah untuk memasuki sistem komputer yang disambung kepada Internet sebelum berupaya melakukan kerosakan pada laman web berkenaan.

Lima langkah terbabit adalah peninjauan (reconnaissance) mengesan alamat IP (scanning), mencari jalan masuk (gaining access), mengekalkan akses (maintaining access), dan menghilangkan jejak (clearing tracks).

Katanya tempoh masa menggodam komputer berbeza mengikut kemampuan individu.

“Seorang penggodam amatur memerlukan masa dua hingga tiga jam manakala bagi seorang profesional mungkin hanya 10 minit,” katanya.

sumber :



16 June 2011

Ron 97 Turun 10 Sen


Berkuatkuasa tengah malam ini, harga petrol Ron 97 akan turun 10 sen, menjadikan harga baru bahan bakar itu RM2.80 seliter. Menurut sumber, penurunan 10 sen pada harga petrol Ron 97 selaras dengan harga pasaran semasa. Harga Ron 97 dinaikkan 20 sen pada 4 Mei lalu. Bagaimanapun harga petrol Ron 95 kekal tidak berubah pada RM1.90 seliter.
klik utk sumber

wah bgus la kalau mcm ni, ringan sikit beban aku selaku student yg pakai kereta.. terima kasih r kerajaan w/pun xbnyak tp ok la janji ad pengurangan..



 

14 June 2011

Penyakit Chikungunya



Sejumlah 86 kes telah dilaporkan di seluruh negara pada minggu ke 6 2009 (8 hingga 14 Februari 2009) iaitu penurunan sebanyak 23 kes (21%) jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya (109 kes). Daripada jumlah tersebut, seramai 55 (63.9%) pesakit Chikungunya telah mendapatkan rawatan pesakit luar dan selebihnya memerlukan rawatan di hospital. Tiada kes yang melibatkan kematian dilaporkan setakat ini.

86 kes yang dilaporkan adalah dari 81 lokasi di 10 buah negeri iaitu Kelantan (27 kes), Selangor (20 kes), Perak (17 kes), Johor (7 kes), Pulau Pinang (4 kes), Perlis (3 kes), Pahang (3 kes), Terengganu (2 kes), WP Kuala Lumpur (2 kes), Putrajaya (1 kes).



* Apa itu Penyakit Chikungunya?




Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.

Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.



* Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae



* Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti
yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.


* Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.



* Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
  • Demam panas mengejut
  • Sakit teruk pada sendi
  • ruam pada badan
  • Sakit kepala 
  • Demam panas mengejut
Seorang pesakit boleh demam dari 1 - 7 hari (kebiasaannya 5 hari)

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda - tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.



* Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.

Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.



* Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.

Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.

Tiada vaksin bagi penyakit ini.



* Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.



* Cara pencegahan penyakit Chikungunya
  • Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
  • Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
  • Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.



* Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.


* Tindakan Kementerian Kesihatan
Langkah–langkah kawalan yang telah diambil:
  1. Pengesanan kes secara aktif
  2. Melakukan kajian Aedes
  3. Semburan kabus dan ULV
  4. Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
  5. Aktiviti promosi kesihatan
Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Bilik Gerakan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700

Sumber : Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia

Technorati Tags: 

08 June 2011

GREEN LANTERN


Director: Martin Campbell
Written by: Greg Berlanti, Michael Green, Marc Guggenheim, Michael Goldenberg
Produced by: Greg Berlanti, Donald De Line
Executive Producers: Herb Gains, Andrew Haas
Co-Producer: Geoff Johns
Cast: Ryan Reynolds, Blake Lively, Peter Sarsgaard, Mark Strong, Temuera Morrison, Jenna Craig, Jon Tenney, Mike Doyle, Nick Jandl, Dylan James, Leanne Cochran
Genre: Action Sci-Fi
Official URL: http://www.greenlantern-asia.com/
Release Date: 2011-06-16

Synopsis:
Bringing the enduringly popular superhero to the big screen for the first time, “Green Lantern” stars Ryan Reynolds (“X-Men Origins: Wolverine”) in the title role, under the direction of Martin Campbell (“Casino Royale”).

In a universe as vast as it is mysterious, a small but powerful force has existed for millenniums. Protectors of peace and justice, they are called the Green Lantern Corps. A brotherhood of warriors formed by the different races from entire universe sworn to keep intergalactic order, each Green Lantern wears a ring that grants him superpowers. But when a new enemy called Parallax threatens to destroy the balance of power in the Universe, their fate and the fate of Earth lie in the hands of their newest recruit, the first human ever selected for the Corps: Hal Jordan.



Hal is a gifted and cocky test pilot, but the Green Lanterns have little respect for humans, who have never harnessed the infinite powers of the ring before. But Hal is clearly the missing piece to the puzzle, and along with his determination and willpower, he has one thing no member of the Corps has ever had: humanity. With the encouragement of fellow pilot and childhood sweetheart Carol Ferris (Blake Lively), if Hal can quickly master his new powers and find the courage to overcome his fears, he may prove to be not only the key to defeating Parallax he will become the greatest Green Lantern of all.

c this trailer k..

hope u njoy..