Khasiat
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione  sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan  daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit  merbahaya dan menghalang kanser.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.  Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu  menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita  penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya ,  kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di  antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). 
 Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12  ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman  ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit  perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12  dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram  bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup  untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi  mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat  besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg  bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam  bentuk isoflavon.
 Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien.  Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan  faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat  antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan  bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu  terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber)  yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8  hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah  serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat  pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana  oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat  serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi,  tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama  cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh  badan.
Kelemahan
so ape lagi, cuba lah rasa.. enak sekali....
 
 
No comments:
Post a Comment