Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.
Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun  iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk  memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila  mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima  adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam  terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya  ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila  dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam  lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah  yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom  mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi  mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini.  Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.
Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan  wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom  terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu  saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu  Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak  mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga  dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua  pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang  bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.
Di kampung, orang kampung sedang mengadakan  upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL  dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu  Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan  mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum  sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana  pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan  mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang  wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.
PART1 | PART2
PART1 | PART2
SINGLE LINK
SINGLE LINK
 
 
No comments:
Post a Comment