Tayar adalah nyawa kedua anda selepas brek...Tayar adalah komponen yang paling penting bagi sesebuah kenderaan. Jika ia rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan sekaligus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.. ikuti tip-tip yang diberikan kat bawah ni
1) PASTIKAN FAHAM CODE SIDEWALL TAYAR.

cetakan 205/65 R16 95 V membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 65 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. V bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. nombor 95 pula kapasiti tanggungan sebiji tayar.
2) PASTIKAN ANDA MEMBELEK TARIKH TAYAR DI KILANGKAN

3) TAYAR BRAND (JENAMA) APA YANG PALING BAGUS???

4) MARI KITA KENALI JENIS2 BUNGA TAYAR.
Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.
Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R. Dan jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.
Dan jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh dan mementingkan keselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.
Harga tak dapat dipastikan, kerana saya sudah lama tidak terlibat dengan dunia tayar (jangan marah),kalau boleh cuba survey dulu 2,3 kedai, cuba tawar-tawar sikit harga, jika bernasib baik,tukar 4 tayar dia akan free alignment sekali..
5) BUAT ALIGNMENT DAN ROTATION & BALANCING TAYAR


Selalu jaga aligmentnya setiap 3/6 bulan rotate tu tayar...nilah cara saya... Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. walaupun setiap 3bulan alignment dan balancing = memang mahal macam tak berbaloi,tapi fikirkan keselamatan anda. walaupun alignment lari sedikit saja, boleh jejaskan pengunaan petrol juga, kita membazir dan merosakkan alam sekitar kita dengan banyak tayar yang dibuang dan juga petrol. walaupun sebuah kereta jumlahnya sikit, tapi kalau 1juta kereta? sikit-sikit lama lama jadi bukit~ hehe
6) TAYAR BOTAK & TAYAR CEPAT HAUS??

Tayar yang botak secara sekata pula adalah normal. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan. Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dalam kadar lebih cepat. Dalam industri, tiada ketetapan yang khusus tentang kaedah rotasi tayar.
Ada yang mencadangkan perbatuan 10,000 kilometer (km), malah ada yang mencecah 20,000 kilometer. Rotasi tayar perlu dibuat dengan betul. Tayar hadapan kanan perlu ditukar dengan tayar belakang kiri dan begitulah sebaliknya.
Ada yang mencadangkan perbatuan 10,000 kilometer (km), malah ada yang mencecah 20,000 kilometer. Rotasi tayar perlu dibuat dengan betul. Tayar hadapan kanan perlu ditukar dengan tayar belakang kiri dan begitulah sebaliknya.
Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.
7) BERAPA TEKANAN ANGIN TAYAR YANG SEPATUTNYA??
Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan. Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan. Sentiasa pastikan angin tayar betul. " Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi ,
Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa ..contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja)Tayar depan letak 210/3o.Tayar belakang 190/29. kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa
8) YANG SAMA BRAND ATAU SAMA MODEL SAHAJA....
Ramai org suka tukar tayar 2 bijik (biasa depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg sama brand.. atau tukar semua..
9) FAKTA PENTING TAYAR YG DIGUNAKAN
1) Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh. Semak catatan produksi tayar.
2) Jangan pakai tayar korek. Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar.
3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
5) Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.
6) Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
7) Jangan memandu laju ketika hujan dengan tayar yang sudah haus. Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
2) Jangan pakai tayar korek. Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar.
3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
5) Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.
6) Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
7) Jangan memandu laju ketika hujan dengan tayar yang sudah haus. Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
No comments:
Post a Comment