Pages

23 July 2014

XIAOMI REDMI NOTE

Jika sebelum ini pembaca disajikan dengan reviu Mi3 dan Redmi 1S, kali ini saya membawakan keluaran Xiaomi terbaru, Redmi Note yang dikategorikan sebagai peranti phablet.
Lebih menarik, Malaysia menerima versi Note yang dipertingkat meng­gunakan CPU Mediatek MTK MT6592 Octa Core 1.7GHz. 
Sistem grafiknya leng­kap dengan GPU Mali-450 di samping RAM seba­nyak 2GB dan memori dalaman 8GB, namun boleh ditambah melalui slot mikroSD sehingga 32GB. 

Redmi Note me­nyokong slot kad dwi-sim bersaiz mini yang kedua-duanya boleh aktif serentak tetapi hanya satu sim menyokong 3G sementara sim kedua hanya menyokong sehingga 2G saja.

Foto
XIAOMI Redmi Note


Redmi Note meng­gunakan sistem operasi Android JellyBean 4.2 yang diubah suai kepada MiUi ver 5.


Jika anda pernah meng­gunakan MiUi pada peranti lain, pasti mudah menggunakannnya di Redmi Note. 


Antara kelebihan Redmi Note yang tidak terdapat pada peranti utama Xiaomi iaitu Mi3 ialah Lite Mode. 



Lite Mode menukarkan antaramuka biasa MiUi kepada butang besar yang mudah ditekan. 



Untuk menggunakan Lite Mode, pengguna ha­nya perlu pergi ke Settings dan mengaktifkannya. 



Reboot diperlukan untuk mengubah antaramuka ini dan selepas selesai reboot, pengguna akan dapat melihat butang besar di muka utama yang mewakili beberapa aplikasi biasa digunakan seperti Gallery, Camera, Phone dan Message. 



Aplikasi ini boleh diubah suai mengikut cita rasa sendiri. 



Fungsi Lite Mode meng­aktifkan sistem suara yang boleh membacakan message pengguna melalui pembesar suara dan menyebut nombor yang ditekan semasa membuat panggilan. Lite Mode ini ­boleh diubah kepada biasa semula juga melalui Settings. 



Dari segi luaran, rekaan Redmi Note serupa dengan Redmi 1S yang menggunakan plastik sebagai bahan kerangka luar. 



Plastik penutup belakangnya kelihatan licin dan boleh dibuka untuk menukar bateri, menambah kad memori atau menambah dua sim ke dalam slot mini-sim. 



Terdapat kamera 13MP dan flash di atas manakala logo Mi terdapat di bawah dan pembesar suara terdapat di sebelah kiri logo Mi terbabit. 



Tergolong dalam kategori phablet, Redmi Note mempunyai skrin sebesar 5.5 inci beresolusi HD 1280 x 720 menggunakan teknologi IPS membolehkan paparan sehingga 178 darjah. 



Apabila dibuka penutup belakang, akan terpampang bateri ion litium berwarna oren yang mempunyai kapasiti 3200mAH. 




GENERAL2G Network   GSM 900 / 1800 / 1900 - SIM 1 & SIM 2
3G Network   HSDPA 1900 / 2100
SIM   Dual SIM
Announced   2014, March
Status   Available. Released 2014, March
BODYDimensions     154 x 78.7 x 9.5 mm (6.06 x 3.10 x 0.37 in)
Weight     199 g (7.02 oz)
DISPLAYType     IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size     720 x 1280 pixels, 5.5 inches (~267 ppi pixel density)
Multitouch     Yes
SOUNDAlert types     Vibration; MP3, WAV ringtones
Loudspeaker     Yes
3.5mm jack     Yes
MEMORYCard slot    microSD, up to 32 GB
Internal    8 GB, 1/2 GB RAM
DATA      GPRS     Yes
      EDGE     Yes
     Speed     HSPA+
     WLAN     Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot
     Bluetooth     v4.0, A2DP, LE
     USB     microUSB v2.0, USB On-the-go
CAMERA    Primary    13 MP, 4128 x 3096 pixels, autofocus, LED flash
    Features    Geo-tagging, touch focus, face and smile detection, HDR
    Video    1080p@30fps
    Secondary    5 MP
FEATURESOSAndroid OS, v4.2 (Jelly Bean)
ChipsetMediatek MT6592
CPUOcta-core 1.4/1.7 GHz Cortex-A7
GPUMali-450MP4
SensorsAccelerometer, gyro, proximity, compass
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM
BrowserHTML5
RadioNo
GPSYes, with A-GPS
JavaYes, via Java MIDP emulator
ColorsVarious
- SNS integration
- MP4/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+ player
- Organizer
- Photo/video editor
- Document viewer (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input
BATTERY   Li-Po 3200 mAh battery
Stand-by
Talk time







No comments:

Post a Comment